• 500 Keluarga Terima Daging Qurban Bersama Madrasah Hashimiah


    “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada Hari Raya Qurban melebihi dari menyembelih qurban. Binatang qurban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).

    Berkat doa dan sumbangan para peserta, dengan rahmat dan izin Allah SWT Madrasah Hashimiah telahpun berjaya melangsungkan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha kami yang berlangsung pada 1 September 2017 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438. 

    Sukareawan Kindness Malaysia membantu dalam proses pemyerahan daging qurban
    Salah seorang pelajar Madrasah Hashimiah membantu melapah lembu
    Osman dan Salim sedang mengikat kambing untuk ibadah qurban

    Pada tahun ini, kami berjaya korbankan sebanyak 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing hasil daripada penyertaan dan sedekah penderma, korban dilalukan oleh Ustaz Hashim sendiri dengan bantuan sukarelawan dari Kindness Malaysia, Madrasah Hashimiah, ahli keluarga pelajar Madrasah serta jiran-jiran berdekatan. Daging yang dikorban telah diagihkan dan membawa manfaat kepada 500 keluarga khususnya terdiri daripada golongan asnaf berketurunan Myanmar atau Rohingya yang tinggal di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang ini.


    Ustaz Zakaria sedang menimbang daging qurban untuk diagihkan 
    Antara wakil penerima daging qurban di Madrasah Hashimiah 
    Jamuan di sediakan bagi yang menolong dalam proses qurban
    Pihak Madrasah Hashimiah ingin mengucapkan terima kasih dan kesyukuran kami terhadap semua peserta Qurban serta sedekah dari orang ramai. Harapan kami agar majlis perayaan Hari Raya Aidiladha akan meriah seperti tahun ini lagi dengan bantuan insan-insan yang prihatin. Semoga segala amalan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT, amin. 

    Syed Muhammad Afiq bin Syed Yussof (Kindness Malaysia)
    Pelajar Praktial (University of Southampton, dibawah biasiswa Yayasan Khazanah)
    Madrasah Hashimiah