• Perutusan Ramadan 2018/1439 Dari Pengasas Merangkap Pengetua Madrasah Hashimiah


    Assalamualaikum wrt..
    Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

    1 Ramadhan 1439 H menjelma lagi. Inilah 30 hari yang penuh keberkatan,  penuh rahmat dan keampunan yang amat dinanti-nantikan oleh ummat Islam seluruhnya.. 

    Saya,
    Ustaz Hashim selaku pengetua Madrasah Hashimiah mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa & berterawikh kepada semua ummat Islam khususnya kepada semua yang mengenali Madrasah Hashimiah secara lebih dekat.

    Ambillah kesempatan ini untuk kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan melipat gandakan amal kebaikan & meninggalkan segala amalan yang tidak baik. 

    “Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi no.1984)

    Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua para penyumbang yang setia  membantu kepada kelangsungan pembelajaran anak-anak Madrasah Hashimiah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung selama Madrasah Hashimiah mula beroperasi dan mampu bertahan sehingga ke hari ini. 

    Sumbangan untuk Ramadhan dapat disalurkan atas nama Madrasah Hashimiah atau terus ke akaun CIMB di 8600202864 atau Maybank di 562151419729 atas nama Madrasah Hashimiah.

    Hanya Allah swt yang dapat membalas segala kebaikan anda semua. 

    Didoakan semoga kita semua terus konsisten membantu madrasah ini dan sesiapa jua yang memerlukan lebih-lebih lagi di bulan penuh berkat ini. 

    Selamat berpuasa semua☺

    Terima kasih.

    Ustaz al Hafiz Hashim bin Kassim,
    Pengasas Merangkap Pengetua 
    Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim